Ditubuhkan oleh pemerintah Inggeris seawal tahun 1920an di lokasi seluas 2.5 ekar. Pada awalnya hanya mempunyai satu blok dengan 3 buah bilik darjah. Sehingga sekarang telah mempunyai 7 blok dengan 20 buah bilik darjah lengkap dengan pejabat, bilik guru, makmal komputer, makmal sains dan prasekolah.
Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar
terletak di dalam daerah Sepang, dikelilingi oleh beberapa kampung antaranya Kampung Teras Jernang, Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda dan Kampung Desa Putra. Ianya berhampiran dengan Pusat Pentadbiran Putrajaya dan dikelilingi oleh beberapa institusi pengajian tinggi dan pusat latihan berbagai jabatan kerajaan dan swasta.